Kenali negeri-negeri di Malaysia

Posted: March 24, 2011 in Uncategorized

Pada hari ini kami mengenali bendera-bendera negeri dan memahami maksud disebalik jata setiap negeri..

Selangor

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur,Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005.

a) jata-

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi “Dipelihara Allah” ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

b)lagu-

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

kelantan

a)Jata-

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. AnakBulan dan Bintang adalah tanda Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijangmengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che’ Wan Kembang (Che’Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah “Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan”

b) lagu-

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

 

kami mempelajari dan mengenali kesemua negeri2 di Malaysia..=)


About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s